Berjaya ditangkap Mutassim_Gaddafi

Pada 20 Oktober 2011, Mutassim Gaddafi berjaya ditangkap di kampung halamannya di Sirte, Libya oleh tentera peralihan Libya. Penasihat Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Abdelkarim Bizama menjelaskan bahawa Mutassim di bawa ke Benghazi kerana mengelak keluarga dan saudaranya yang cuba membebaskannya. [1]

Stesen televisyen Libya, Arrai TV menyiarkan video ringkas menunjukkan Mutassim berjambang, memakai jaket putih tidak berlengan dengan kesan darah dapat dilihat pada seluarnya, sambil duduk di atas tilam di dalam sebuah bilik.Mutassim juga dilihat berulang kali mengesat hidungnya yang berdarah dan luka lain dengan tisu dalam video ringkas itu. Gambar itu sebelum Mutassim dibunuh. Rakyat Libya meraikan pembebasan negara Libya dari cengkaman diktator Muammar Gaddafi.[2]

Berkaitan